Kelas E-Learning (Mencipta Logo Random)

9 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 8 December 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan kelas mencipta logo secara online bermula pada jam 2 sehingga 5 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah disertai oleh 9 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang cara mencipta logo dengan cara mudah menggunakan aplikasi logo maker secara online (www.onlinelogomaker.com)

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan tentang fungsi setiap button yang terdapat pada aplikasi logo maker. Petugas pusat internet memberi contoh langkah demi langkah tentang cara mencipta logo menggunakan aplikasi tersebut. Peserta diminta menyiapkan logo bertemakan random. Tambahan pembelanjaran iaitu peserta diajar menyimpan gambar ke desktop dengan menggunakan aplikasi snipping tools.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali